Along Cham Berang Petugas Media Ambil Gambar

Pelawak Along Cham berang dengan sekumpulan petugas media yang berpusu-pusu menangkap gambarnya ketika dia berjalan keluar dari bilik tahanan di Mahkamah Sepang hari ini.

Memetik Kosmo, keadaan tegang apabila wartawan dan jurugambar menghampiri Along sebaik sahaja dia keluar dari bilik tahanan sekaligus membuatkan pelawak berkenaan rasa tidak puas hati.

BACA: Polis Sahkan Along Cham Ditahan Disyaki Milki Ganja

“Ada juga yang pecah kamera karang. Video otak kau! Benda ni mengaibkan,” katanya seolah memberi amaran.

Pelawak berusia 38 tahun itu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen dan Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram.

SUMBER: Kosmo

×