Susulan ujian menimpa keluarganya, isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Feena Suhaimi berkata dia kini semakin rajin menunaikan solat Tahajud.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Feena berkata dengan amalan tersebut sedikit sebanyak Allah memberikan pertunjuk dan dia percaya bahawa kebenaran akan terungkap.

BACA: Along Cham Berang Petugas Media Ambil Gambar

“Beberapa hari ini, saya kerap buat solat Tahajud, Alhamdulillah. Allah tunjuk sedikit demi sedikit hari ini. Terima kasih Allah kerana tolong, kebenaran akan terungkap sendiri,”katanya.

Bagaimanapun, Feena tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perkara itu namun dipercayai ia berhubung dengan isu membabitkan Along yang kini ditahan kerana didakwa memiliki dadah jenis ganja.

“Tengok tulisan awak mengukir nombor telefon saya merupakan perkara bermakna bagi saya,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran sebelum ini Feena mengakui bukan mudah hadapi ujian yang menimpa sendirian namun terpaksa demi suami tercinta.

“Sudah sebulan bergelut, dan kesakitan. Walaupun selepas segala tuduhan, namun saya masih di sini berusaha untuk kuat dan berdiri untuk suamiku.

“Orang boleh berkata apa saja dan mereka boleh mendengar pihak mana pun yang mereka mahu. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya! Sangat merindui suami,” tulisnya.

Pada Disember tahun lalu, Along Cham ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya. Bagaimanapun, pelawak berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen dan Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram.

SUMBER: Utusan 

×