Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan mungkin tiada lagu raya yang akan dikeluarkan olehnya pada tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata komposer yang sepatutnya menghasilkan lagu rayanya buat hal apabila menyerahkan lagu tersebut kepada penyanyi lain.
BACA: “Aliff Syukri Minta Buat Lagu Raya Tapi Saya Tolak Sebab Dia Lupa Diri” – Amy Ukays
View this post on Instagram
“Maafkan saya awak, komposer saya buat taik..curi lagu lirik saya kasi kat artis lain. Maaf smua sebab saya kecewaan korang, saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni semua,” tulisnya.
Sementara itu, Aliff berkata dia mengambil keputusan untuk membawa diri dan mengembangkan bakatnya di luar negara kerana lebih dihargai disana.
“Sebab saya kecewa dengan industri musik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya. Saya terpaksa membawa diri utk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya in,” tulisnya.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen berseloroh mengaakan mereka berdukacita kerana tidak dapat mendengar lagu raya usahawan itu.
Lebih menghiburkan ada yang mengatakan Malaysia kehilangan penyanyi nombor satu serta ada yang bertanyakan siapa penyanyi nombor satu kini.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa syukur dan tenang kerana Ramadan kali ini tiada lagu daripada usahawan itu.