Aliff Syukri Tuntut Bekas Menteri Bayar Hutang Puluhan Juta

Perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila meminta bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutangnya berjumlah puluhan juta selepas empat tahun menunggu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan namun tidak dibalas. Ujarnya, ketika individu itu mahu meminta bantuannya terhegeh-hegeh mahu berjumpa.

BACA: Aliff Syukri Berang Pengasas Tudung Liat Bayar Hutang

“Takkan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat saya. Saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.

“Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia suruh bayar duit saya yang berpuluh juta itu. Dia mesti kaya sebab bekas menteri. Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti saya malukan satu keluarga dan keturunan Tan Sri. Jadi, saya sabar, sabar sahaja,”katanya.

Aliff turut mendedahkan bekas menteri yang didakwa itu merupakan dari Langkawi, Kedah serta meminta keluarga individu berkenaan supaya memaklumkan kepada beliau.

“Saya minta tolonglah, kalau posting ni dilihat oleh anak dia ke saudara dia ke, Tan Sri ni dah tua. Janganlah buat saya macam ni, menzalimi saya. Sila hubungi saya. Saya merayu, kesianlah saya dan anak bini saya yang dizalimi,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Aliff turut memuat naik mesej buat bekas menteri itu dimana mesej di WhatsApp tidak balas namun dibaca.

Aliff berkata lagi, individu tersebut mempunyai kenalan dengan orang berpengaruh. Katanya lagi, dia tiada niat untuk memalukan individu tersebut namun meminta supaya bekas menteri itu memberikan haknya.

“Bayangkan Tan Sri, saya siang malam berniaga, buat live kena hina… senang-senang Tan Sri ambil hak saya. Jangan sampai saya hilang sabar, saya tunjuk video dan rakaman semua,”luahnya.

×