Aliff Syukri Mengamuk Mercedes Benz Kena Langgar

Perkongsian usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menjadi perhatian apabila berkongsikan detik cemas kenderaan mewah miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Menerusi video dikongsikan di Instagram itu, kereta jenis Mercedes Benz dinaiki Aliff itu dilanggar dari arah belakang oleh pemandu lain di sebuah lebuh raya.

BACA: Aliff Syukri Seronok Jual Durian Serendah RM5 Sekilo

“Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang…padahal jalan jem sangat-sangat pada waktu ini.. dan saya bawa perlahan sangat,” katanya.

Dalam video itu, kedengaran Aliff mengamuk ke arah pemandu berkenaan serta meminta supaya memandu dengan berhati-hati.

“Apa masalah ni? Pandulah betul-betul. Ayio kereta saya. Tolong pandu betul-betul. Kalau saya tak pakai tali pinggang tadi dah habis,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia mengalami sakit di bahagian kepala akibat terhantu serta mengakui tidak dapat mengawal perasaan ketika kejadian kerana terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tiba-tiba kepala saya terhentak sakit sangat…kepala saya sakit-sakit. Ujian sungguh untuk saya, syukur saya selamat. Terima kasih korang yang sentiasa doakan saya….maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan usahawan itu yang dikatakan tidak mampu mengawal perasaan.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan mereka yang mengecam kerana kejadian itu tidak kena pada diri mereka. Kata netizen lagi, jika terjadi pada diri sendiri pasti tidak dapat mengawal emosi.

×