Aliff Syukri Hadiahkan Isteri RM1.5 Juta Barang Kemas

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan barang kemas buat isteri tercinta, Datin Seri Shahida dan berkongsi momen bahagia itu di media sosial.

Menerusi hantaran berkenaan, Aliff dilihat memilih pelbagai jenis barangan kemas buat isterinya. Meskipun Shahida dilihat menolak, namun Aliff berkata ianya boleh dijadikan aset.

BACA: “Datin Tak Bodoh, Yang Bodoh Tu Awak” – Anak Bonda Rozita Pertahan Shahida

“Kita beli ni bukan untuk sesiapa, untuk anak saya juga. Saya kerja keras untuk sayang juga sebab banyak tolong saya kerja.  Bukan mahal pun 1.5 juta ni, aset kita. Kalau saya meninggal nanti ada anak kita harta,” kata Aliff.

Sementara itu, Aliff turut berseloroh mengatakan isterinya seperti seorang Datin dan bukan makcik-makcik apabila memakai barangan kemas berkenaan.

“Pakai ni terus nampak macam datin-datin, tak nampak macam mak cik-mak cik” katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Aliff yang menghargai isterinya. Malah, ada yang mengatakan ketika isterinya dihina, Aliff ke hadapan mempertahankan isteri tercinta.

×