Aliff Syukri Gaduh Dengan Isteri Sampai Lari Ke Australia

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mendedahkan suaminya lari ke luar negara kerana merajuk selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Menerusi satu video, Shahida berkata dia berkongsi perkara itu selepas ditanya oleh penyanyi Ifa Raziah susulan tidak muncul di sebuah festival raya pada 29 Mac lalu.

Bagaimanapun, Shahida tidak berkongsikan mengenai punca pergaduhan sehingga suaminya membawa diri ke luar negara.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia memang berada di luar negara dan tidak menghadiri mana-mana jemputan.

“Saya memang tak pergi mana-mana acara, saya di Australia,” katanya

Sebelum ini, telefon bimbit dan kad sim milik Aliff telah disita oleh pihak SKMM bagi tujuan siasatan.

SUMBER: mStar Online

×