Perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila memberi bayangan dia bakal mengeluarkan lagu raya pada tahun ini.
Menerusi hantaran itu, Aliff bertanyakan kepada pengikutnya siapa yang tidak sabar untuk mendengar lagu raya dari artis nombor 1 Malaysia,
BACA: “Tak Penat Kerja Walau Dah Kaya” – Jual Jeruk Mangga Pula, Netizen Puji Aliff Syukri
View this post on Instagram
Seperti sudah dijangka hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak sabar menantikan lagu raya daripada usahawan itu. Malah, ada yang berseloroh mengatakan duit hasil jualan jeruk mangga digunakan untuk membuat lagu raya.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka tiada masalah dengan lagu raya Aliff tetapi tidak membuat hal dengan melancarkan muzik video yang mencetuskan kontroversi.