Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi pengalamannya ketika mengikuti jemaah tabligh bersama penyanyi sensasi, Aliff Aziz dimana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Memetik Oh Bulan, Nabil menyifatkan Aliff seorang yang baik dan rajin menunaikan solat tahajud. Malah, Nabil turut menyifatkan besar ujian yang dilalui oleh Aliff.
BACA: Sarah Yasmine Dapat Notis Perintah Dari Aliff Aziz
“Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam.
“Sepanjang dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap.
“Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini. Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil berkata ketika ini Aliff dan keluarganya sedang diuji serta meminta orang ramai mendoakan buat pelakon itu.
“Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini. Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan