Aliff Aziz Ucap Selamat Hari Lahir, Minta Maaf Pada Ruhainies

Perkongsian pelakon sensasi, Aliff Aziz menjadi perhatian apabila dilihat ada memuat naik hantaran menitipkan ucapan khas buat aktres sensasi, Ruhainies sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di Insta Story.

Menerusi entri itu, Aliff memuat naik gambar bersama Ruhainies serta turut mendoakan kegembiraan buat aktres itu dan diberikan rahmat oleh Allah.

BACA: “Jangan Silap Lagi” – Aliff Aziz Nak Sado Macam Dulu

“Selamat ulang tahun buat awak. Semoga dirahmati dengan kegembiraan pada hari istimewa ini. Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik,” tulisnya.

Sementara itu, Aliff turut meminta maaf serta kesal diatas apa yang berlaku antara mereka.

“Semoga Allah membalas segala kebaikan awak. Maafkan saya dan kami semua atas kekurangan yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut sertakan emoji bunga ros merah bersama burung merpati putih bersebelahan dengan nama Ruhainies.

×