Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Memetik Harian Metro, Aliff dan Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz.
BACA: Ibu Aliff Aziz Tak Setuju Drama Terjerat Diboikot
Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.
“Kedua-dua hadir hari ini bersama peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. Kes ini disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan angguhan juga sudah dibuat serta dilepaskan dengan bon jaminan RM1,500 dan seorang penjamin,” katanya.
Selepas pertuduhan dibaca Aliff mengaku tidak bersalah dan Ruhainies turut membuat pengakuan sama serta mohon dibicarakan.
“Saya mengaku tidak bersalah,” katanya.
“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.
Prosiding diteruskan dengan perbicaraan dengan kehadiran saksi daripada pihak tertuduh. Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh itu.
SUMBER: Harian Metro