Alif Teega Serah Semua Aset Kepada Aisyah Hijanah

Personaliti media sosial Aisyah Hijanah berkata suaminya Alif Teega bersetuju memindahkan semua harta dan aset ke atas namanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aisyah berkata dia reda dengan takdir poligami namun penyerahan semua aset itu adalah usahanya menuntut hak selepas bersusah payah sejak dari awal perkahwinan.

BACA: Stres, Kurang Makan Punca Saiz Bayi Dalam Kandungan Aisyah Hijanah Kecil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

“Segala hasil titik peluh yang dibina dari awal bersama suami telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuklah share syarikat, rumah, kereta dan aset-aset lain.

“Jangan hancurkan semuanya hanya kerana amarah kita. Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.

“Pada awal, kita mungkin akan blur tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mengalah terlalu awal,” tulisnya.

Aisyah turut menitipkan nasihat pada wanita yang turut dipoligamikan agar tidak membuat keputusan terburu-buru untuk bercerai sebaliknya perlu bertenang untuk mencari jalan penyelesaian.

Tambah Aisyah lagi, apa yang dilakukannya itu bukan bermasud dia tamak sebaliknya mahu jaminan untuk dirinya serta anak-anak. Malah dia turut berterima kasih kepada Alif kerana memberikan kerjasama yang baik.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta tapi nak selamat dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan terbaik,” tulisnya.

×