“Alhamdulillah Selamat Sampai” – Sajat Dah Balik Malaysia?

Pempengaruh media sosial, Sajat meluahkan rasa syukur apabila selamat pulang ke tanah air selepas beberapa tahun berhijrah ke Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memuat naik gambarnya berada di dalam pesawat serta pemandangan dari udara.

BACA: Sajat Akhirnya Dapat Jumpa Anak Selepas 4 Tahun Terpisah

Sajat turut menulis kapsyen meluahkan rasa syukur akhirnya selamat sampai ke negara asal serta meletakkan tanda pagar balik kampung.

“Alhamdulillah, selamat sampai. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri (emoji hati). #balikkampung #amin #nursajat,”tulisnya.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta pengikutnya yang turut meluahkan rasa syukur akhirnya dapat menyambut raya bersama keluarga.

Terdahulu Sajat membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia pada 2021. Sajat pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.

×