Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH35 iaitu Bell Ngasri Menerima kereta jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pagi tadi.
Memetik mStar Online, pertama kali menerima hadiah mewah dalam hidupnya, Bell berkata dia tidak boleh tidur kerana terlalu teruja memikirkan hadiah tersebut.
BACA: Peminat Nak Hadiahkan Bell Ngasri Sebuah Kereta
“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya Kancil pun saya seronok.
“Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam itu saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua mengigau pula,” katanya.
Dalam pada itu, Bell mengakui hadiah tersebut merupakan kereta idamannya serta meluahkan rasa syukur dengan anugerah Allah.
“Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah. Terima kasih banyak.
“Anugerah ABPBH35 adalah anugerah terbesar yang pernah saya terima dan bertambah dasyat bila dapat sebuah kereta,” katanya.