Akui Video Seksi Bunuh Kerjaya, Natasha Elyzza Insaf

Mana mungkin manusia di atas dunia ini mampu lari dari kesilapan dan perkara tersebut turut menimpa pelakon Natasha Elyzza. Gara-gara beraksi seksi melalui aplikasi siaran langsung, kini Natasha mengharapkan peluang kedua.

BACA: Menari Seksi, Natasha Elyzza Menganggur 6 Bulan

“Isu itu membuatkan ramai bimbang mahu ambil berlakon kononnya takut saya buat hal. Ada antara alasannya pihak stesen televisyen menolak nama saya kerana kononnya isu itu masih segar lagi. Tipu kalau saya katakan hal seperti ini tidak membunuh kerjaya”

“Saya akui, jatuh terduduk juga kerana kontroversi ini. Saya sedar apa yang dilakukan itu adalah satu perbuatan bodoh! Bodoh sangat! Tetapi, saya terima natijahnya, itu semua pengajaran dan kalau Tuhan tak sayangkan saya, dia tak kurniakan dugaan seperti itu”

“Kalau tidak, di masa depan entah-entah banyak lagi perkara bodoh yang mungkin akan saya lakukan tanpa sedar seterusnya merosakkan nama sendiri,” katanya kepada Utusan Online.

Selain kekasih hatinya yang menghilangkan diri berikutan kejadian tersebut, semangat Natasha kini didukung rakan-rakan baik yang masih setia bersamanya. Fathia kini sudah tidak berhubung dengan Natasha namun pelakon ini tiada masalah dengan perkara tersebut.

“Benarlah apa yang diperkatakan, buat baik orang tak nampak, buat jahat sekali, 100 tahun pun masih ada yang akan mengungkit walaupun kita sudah berubah dan menyesali perbuatan itu.

“Tak apalah, saya reda dan tetap akan berusaha. Satu yang saya pegang, rezeki pasti akan ada, lambat atau cepat, cuma saya perlu bersabar,” katanya. Buat Natasha, tidak salah kongsi kehidupan sebenar bersama peminat namun biarlah berbatas. Rujuk semula bagaimana pelakon-pelakon wanita bergelar primadona membawa diri di dalam industri.

Namun, jika diikutkan, isu-isu berkaitan peribadi melibatkan selebriti wanita memang akan memberi kesan berbeza berbanding selebriti lelaki. Salah satu contohnya, masih ingat lagi kisah gambar bogel Idris Khan dan juga Atikah Suhaime – lihat perbandingan di mana Idris dan Atikah berada sekarang. (rtky/s)

×