Umum mengetahui, penyanyi rap Caprice ada memuat naik status dikatakan mahu menyelesaikan masalah melibatkan Cikgu Fadli.

Ia berikutan cikgu berkenaan bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

BACA: “Dia Nak Masuk Tapi Saya Tak Layan…” – Cikgu Fadil Enggan Caprice Masuk Campur

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Facebook seorang pengguna dikenali Khairul Faizie, Cikgu Fadil mengatakan dia enggan Caprice masuk campur dalam urusan tersebut.

Terbaru, Caprice dilihat ada memuat naik status seolah meluahkan rasa tidak puas hati dengan respon Cikgu Fadli itu yang tidak mahu melayan tawarannya untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Caprice, sejak dulu lagi pengikutnya meminta untuk pendapat dan sokongan kepada individu yang telah ditindas.

Caprice turut menyifatkan cikgu Fadli adalah seorang yang sombong selepas namanya dikenali ramai di media sosial serta memintanya untuk relaks.

Terdahulu, respon Cikgu Fadil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang menyokong tindakannya yang tidak melayan permintaan penyanyi rap tersebut.

×