fbpx

Aisyah Nafi Dakwaan Seleweng Kutipan Derma Untuk Kepentingan Peribadi

Sejak semalam hangat diperkatakan laporan PW Community mendakwa pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah seleweng kutipan derma untuk tujuan peribadi.

Susulan dakwaan berkenaan, Aisyah dilihat ada memuat naik kenyataan menafikan dakwaan dibuat oleh PW Community di Instagram miliknya.

BACA: Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Seleweng Kutipan Derma?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Menerusi perkongsian itu, Aisyah menjelaskan tiga tuduhan yang dibuat iaitu pernikahan suami dijadikan content untuk meraih simpati, bekas pekerja diberhentikan akibat mempersoalkan isu audit syarikat dan menggunakan duit kutipan derma sebagai kepentingan peribadi.

Dalam penjelasan tersebut, Aisyah turut menyertakan bukti bahawa dakwaan yang dibuat semuanya adalah fitnah belaka.

Menurut Aisyah lagi, pihaknya akan mengambil tindakan serta membawa perkara itu ke mahkamah sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji.  Tambahnya lagi, dia tidak akan melayan provokasi daripada pihak berkenaan dan semuanya akan dibicarakan di mahkamah.