Selepas ditahan reman selama tujuh hari, pasangan pempengaruh Alif Teega dan Aisyah Hijanah sudah pun dibebaskan hari ini.
Difahamkan, Alif dan Aisyah perlu membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang dimana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.
BACA: Rakan Titip Pesan Buat Alif Teega, Aisyah Banyakkan Baca Al-Quran
Sumber memberitahu pasangan itu juga perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Persuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.
Pada 10 Julai lalu, pasangan tersebut ditahan SPRM bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.
SUMBER: mStar Online