Ais Loli Seperti Pisang Ini Siap Boleh Kupas!

Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, banyak masa diluangkan di rumah dengan keluarga anda kan? Rasanya kebanyakan daripada kita akan cuba macam-macam benda baru. Ada yang cuba masakan baru, senaman baru atau pun permainan baru.

Tapi semestinya perkara yang banyak kali kita buat masa PKPB ini adalah makan. Pantang ada masa, mesti ke dapur ataupun peti sejuk. Tapi kali ini kami nak kongsikan sesuatu yang mungkin anda pasti rindu sangat!

Kenangan Aiskrim

Ingat tak ais loli ini yang sebijik macam pisang dan habis boleh dikupas seakan menikmati pisang sebenar? Bila teringat balik masa kecil-kecil dulu makan, memang meriah sekeluarga. Ais Loli ini sudah kembali dan sudah dijual di seluruh Malaysia tau.

Bentuk ais loli ini memang sama macam pisang kan? Selepas cuba, semua tentu terkejut dan gembira apabila mendapat tahu yang luarnya sebenarnya jeli berperisa anggur yang menyegarkan dan selepas dikupas dalamnya jumpa aiskrim vanilla yang sedap sekali!

Lagi seronok kerana sekeluarga boleh cuba bersama dan bertanding antara satu sama lain untuk tengok siapa yang boleh kupas lebih cepat.

Lagi mudah, sekarang boleh order terus ais loli ini di link ini https://bit.ly/NIChomedelivery, dan nanti lori AisKrim Nestlé sendiri yang akan sampai depan rumah – tak perlu risau aiskrim cair!

Cara Mudah Order, Goyang Kaki Saja

Cara nak order mudah saja, ikut saja step by step macam di bawah ini:

Langkah 1: Cari pengedar berdekatan dengan kawasan anda. Boleh check guna link ini -> https://bit.ly/NIChomedelivery
Langkah 2: Klik link pengedar yang berdekatan dengan anda
Langkah 3: Isikan emel dan juga poskod kawasan anda
Langkah 4: Cari Pinkfong Wonderstar Split Ice Lolly dan pilihlah banyak-banyak, tak perlu berebut nanti
Langkah 5: Isikan maklumat penghantaran, cara pembayaran dan tekan ‘Submit’

Sebenarnya, nak buat kejutan pada kawan-kawan pun boleh dengan cara pesanan macam ini,kan? Tak perlu nak keluar, order online terus, lagi mudah.

Sempat lagi anda nak order #SPLITICECLOLLY dari #NESTLEICECREAM untuk beraya dengan keluarga nanti.

×