Ainan Tasneem Rancang Buat Konsert Untuk Penonton Wanita Sahaja

Penyanyi Ainan Tasneem berhasrat untuk mengadakan mini konsert bersama rakan baiknya iaitu Tasha Manshahar pada tahun hadapan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ainan bagaimanapun berkata konsert secara tertutup itu hanya untuk penonton wanita sahaja.

“Kalau Ainan dengan Tasha Manshahar ada rancangan nak buat macam mini konsert tahun depan, korang nak datang tak?

“Tertutup punya. Hanya untuk perempuan-perempuan sahaja. Kita akan berhibur bersama-sama. Kami akan menyanyi beberapa lagu. Ada sesi borak-borak nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata konsert berkenaan  akan diselitkan dengan tazkirah daripada ustazah bertauliah.

“Paling penting kita akan selitkan juga tazkirah dari mana-mana ustazah atau orang yang layak. Semoga Allah reda dengan majlis kita tu nanti,” katanya.

Menurut Ainan lagi, dia terfikir untuk mengadakan konsert selepas menerima banyak permintaan daripada peminat.

“Ainan rasa macam mengapa tidak kan? Janji yang datang semua perempuan. On ke tak?” katanya.

×