Aiman Tino Dikritik Biarkan Isteri Pakai Skirt Pendek, Dedah Dada

Baru-baru ini, perkongsian Aiman Tino menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama isterinya, Syarah Haifa ketika hadir ke satu acara.

Menerusi gambar dikongsikan, isteri kepada penyanyi itu dilihat memakai dress pendek berwarna hitam sekaligus menjadi bualan ramai.

BACA: Peminat Fanatik Ugut Bunuh Diri Jika Tak Jadi Isteri Kedua Aiman Tino

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syereheife (@syereheife)

Seperti sudah dijangka, di ruangan komen rata-rata netizen meninggalkan komen kritikan dan kecaman. 

Malah, ada yang menegur Aiman supaya memberikan teguran buat isterinya mengenai soal pemakaian. Lebih pedas, ada yang mendakwa pakaian isterinya seperti orang tiada agama.

Terdahulu, Aiman Tino sah bergelar suami kepada Syarah Haifa dengan sekali lafaz pada 27 April lalu di dewan Astana, Shah Alam.

×