Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai gerakan Blockout2024 melibatkan selebriti dan pempengaruh media sosial yang mempromosikan barangan yang diboikot sehingga mereka hilang banyak pengikut di media sosial.
Terbaru, penyanyi dan pelakon Aqasha pula dilihat bersuara mengenai gerakan tersebut. Menerusi Insta Story, Aqasha mempersoalkan tindakan memboikot artis yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin.
BACA: Tak Peduli Dituduh Kacau Rumah Tangga Aqasha
Aqasha turut mempersoalkan mazhab apa yang diikuti apabila melakukan gerakan berkenaan dan adakah modus operandi tersebut digunakan oleh Rasulullah.
“Apa benda blockout ni pulak? Mazhab apa ni? Agak-agak Tuhan suka dak perangai kita gini? Tolong orang Palestin tapi hambur jiran sendiri.
“Agak-agak ini modus operandi Rasulullah ke? Saja tanya la sebab kalau ini bukan sunnah, ini pasti bid’ah. Kita suka ke bid’ah?” soalnya.
Sementara itu, Aqasha turut mempersoalkan adakah Tuhan suka dengan sikap seperti itu dengan membantu mereka di Palestin namun dalam masa sama menghambur orang lain.