Pasangan selebriti terkenal yang juga ahli perniagaan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Memetik Sinar Harian, menunaikan rukun Islam keempat, Aeril berkata jumlah yang dibayar itu adalah hasil perniagaan tahun ini.
BACA: Sajat Menangis Terima Barangan Dapur Daripada Aeril Zafrel, Wawa Zainal
“Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.
“Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua,” katanya.
Dalam pada itu, Aeril berharap zakat yang dikeluarkan itu dapat golongan yang memerlukan serta percaya bahawa setiap rezeki diperoleh ada rezeki untuk orang lain.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.
“Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah,” ujarnya.
Tahun lalu, Aeril Zafrel meraih penghargaan daripada LZS kerana melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000.