Aedy Ashraf Kongsi Video Tumbuk Muka Hafidz Roshdi, Netizen Puas Hati

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.

Sedang kecoh mengenai isu pelakon itu, perkongsian pelakon Aedy Ashraf yang memuat naik video menumbuk wajah Hafidz bertubi-tubi di gelanggang tinju menarik perhatian ramai.

BACA: “Semalam Hafidz Dah Lafazkan Cerai Talak Satu Melalui Telefon” – Adik Ipar

Menerusi video itu, Hafidz dilihat terduduk ditepi gelanggang selepas ditumbuk dan berdarah di bahagian mulutnya.

Perkongsian Aedy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpuas hati dengan tumbukan pelakon itu susulan terkesan dengan kontroversi perceraian Hafidz dan isterinya.

×