fbpx

Adira Tak Tolak Jika Berjodoh Kembali Dengan Datuk Red

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tidak menolak seandainya berjodoh semula dengan bekas suaminya, usahawan Datuk Red.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adira menjawab soalan daripada TikTokers terkenal, Acap S bahawa dia tidak mampu menolak jodoh jika ia telah ditentukan.

BACA: “Komitmen Dia Sangat Tinggi” – Datuk Red Izinkan Adira Keluar Cari Duit Waktu Edah

@uddin.rizqi

@Acap S @abg red #acap #datored #adirasuhaimi #PK #terhibur #fyppppppppppppppppppppppp

? bunyi asal – Uddin Rizqi – Uddin Rizqi

“Siapa lah kita nak menolak. Kita bukan sesiapa, yang pegang hati kita Allah SWT. Tapi buat masa sekarang lah, memang tak ada nampak sinar tu,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red pula mengakui dia kini lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan bersama Adira demi anak-anak mereka.

“Buat masa sekarang ni, hati saya baik kami berkawan. Andai kata terjadi pun, saya tak nak. Saya rasa lebih baik kami berkawan. 

“Kami dah berbincang sebenarnya. Kami lebih selesa berkawan dan seronok lagi berkawan demi anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Adira sah bercerai dengan Datuk Red dengan talak satu pada 23 April lalu dan bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah.