Adira Nafi Bercerai, Masih Bahagia Dengan Datuk Red

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi Adira Suhaimi didakwa sudah bergelar ibu tunggal selepas tular video mengatakan dia sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Adira menegaskan dia masih lagi isteri kepada Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red dan rumah tangganya masih bahagia.

BACA: Empat Kali Bersalin ‘Czer’, Adira Ikat Peranakan

Dalam video dikongsikan itu, Adira turut meminta peminatnya supaya tidak tertipu dengan dakwaan palsu itu serta mengatakan mungkin individu tersebut berbuat demikian untuk mendapatkan followers.

“Akaun palsu, jangan tertipu. Tak payah follow. Mungkin dia nak followers sahaja itu. Alhamdulillah saya masih lagi dengan suami. Masih sayang lagi,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian di Insta Story, Adira ada memuat naik video sedang duduk semeja dengan suaminya sambil menikmati minuman. 

Adira bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, dua bulan.

×