fbpx

Adira Kumpul Emas Untuk Bantuan Kecemasan Waktu Susah

Penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia suka membeli dan mengumpul barangan kemas untuk kepentingan masa depan.

Menerusi perkongsian video oleh produk kecantikan, Adira berkata pembelian barangan kemas adalah pelaburan yang dapat membantunya ketika berada dalam keadaan memerlukan dan waktu kecemasan.

BACA: Adira Hampir Jadi Orang Kelantan, Tapi Tiada Jodoh Dengan Bekas Tunang

@inayahbeautytrading

Cantiknya Adira Suhaimi ni?? #adirasuhaimi #inayahnews #fyp #berryfull #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #tiktokshop

? Bila Nanti – Nabila Maharani

“Daripada kita beli benda lain, sekurang-kurangnya emas ini kalau masa kita susah, ada kecemasan inilah yang boleh bantu kita,” katanya.

Dalam pada itu, Adira turut menasihati orang ramai membeli emas untuk pelaburan jika ada duit lebih. Katanya lagi, kedai pajak gadai sentiasa dibuka berbanding bank yang hanya dibuka pada waktu bekerja sahaja.

“Pergilah kau gadai sebab kedai gadai hari-hari buka. Kalau hari Sabtu, hari Ahad bank tutup. Jadi ini yang paling cepat.

“Daripada beli beg tangan ke apa-apa, selagi kita nak menyimpan kau beli lah emas dik. Dengar cakap akak ni,” katanya.