Hangat diperkatakan media Indonesia dimana adik kepada Isa Khan dan Miller Khan iaitu Aliff Alli Khan yang juga pelakon terkenal Indonesia didakwa telah memukul bekas isterinya, Aska Onai ketika wanita itu sedang sarat hamil 4 bulan.
Perkara itu disampaikan oleh penasihat undang-undang yang mewakili Aska iaitu Sunan Kali yang juga mendedahkan Aliff seorang pemabuk dan berperangai buruk.
Memetik laporan Insertive Indonesia, sebelum ini Aska sudah membuat laporan polis kes keganasan rumah tangga yang dilakukan Aliff tetapi tidak tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan ketika itu masih bergelar isteri Aliff dan kini dia akan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Malah, Aska juga turut mendapat sokongan daripada bekas isteri Aliff, Nora Alexendra yang juga pernah berdepan hal yang sama.
Aska juga telah melarang Aliff bertemu dengan anak-anak mereka kerana takut akan berulang kali melakukan keganasan rumah tangga. Aska juga berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan keganasan yang dialaminya
Difahamkan, Aska juga turut melaporkan Aliff ke Pejabat Imigresen kerana bekas suaminya tidak mempunyai permit kerja yang sah.
Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan Aliff dan Aska berhadapan dengan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019. Aska dikatakan memilih untuk bercerai kerana sudah tidak tahan kerana sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Aliff dan Aska mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun apabila sah bercerai pada November 2019