Jika sebelum ini seorang wanita dipercayai bekas rakan kongsinya, kali ini adik ipar kepada pelakon Zahnita Wilson tampil membuat pendedahan mengenai kakak iparnya.
Memetik mStar Online, adik ipar Zahnita iaitu Shreen Abd Gafoor mendakwa ada lelaki tidak dikenali di dalam rumah kakak iparnya ketika hari raya pertama, 31 Mac lalu.
BACA: “100% Air Tangan Supermodel Malaysia” – Zahnita Kembali Ambil Tempahan Pai
Shreen menegaskan abang dan kakak iparnya masih lagi suami isteri serta mengatakan tidak mengenali lelaki berkenaan.
Menurutnya, kehadirannya ke rumah kakak iparnya ketika itu untuk memberikan makanan hari raya dan terkejut melihat lelaki berkenaan yang berbaju Melayu di rumah Zahnita.
“Saya dah pendam perkara ini lama dan sudah masanya untuk saya bercakap sedangkan abang saya (Zackery) masih lagi suami kepada Zahnita tapi ada seorang lelaki dalam rumah kakak ipar saya ketika itu.
“Waktu tu hari raya pertama saya datang ke rumah Zahnita untuk berikan makanan hari raya dan terkejut melihat seorang lelaki lengkap berpakaian baju Melayu bersama-sama dua orang anaknya. Saya minta anak saudara saya panggil ibunya dan Zahnita turun dalam keadaan terkejut mukanya,” katanya.
Sementara itu, Shreen turut menunjukkan video kepada mStar kelihatan seorang lelaki di dalam rumah berkenaan. Tambahnya lagi, tujuan dia merakam video ke rumah kakak iparnya untuk mengelakkan perkara tidak diingini meskipun berniat baik.
“Saya tak tahu siapa ada dekat rumah, yang saya tahu anak-anak saudara dah pergi sana. Saya rakam video sebab risau jika saya pergi sana walaupun niat baik tapi takut dia cakap saya datang nak serang apa ke. Jadi saya sendiri rakam untuk keselematan,” katanya.
SUMBER: mStar Online