Sejak semalam hangat diperkatakan apabila adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah membuat pendedahan mengenai abang iparya, Aliff Aziz susulan selepas tampil di Melodi.

Bukan itu saja, adik Aliff iaitu penyanyi Aisyah Aziz turut dilihat memuat naik kenyataan membalas perkongsian Didi itu. Bagaimanapun, Aisyah memohon maaf kerana terlalu mengikut perasaan selepas membaca perkongsian Didi.

BACA: Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa Rasa Kosong

Menurut Aisyah, keadaan sudah reda namun mendakwa pelakon Muaz Zabir yang muncul di media mengeruhkan lagi keadaan sedangkan boleh saja mengatakan ‘no comment’ kerana dia juga di pihak yang salah.

Turut menjadi perhatian, Aisyah mendedahkan abangnya merupakan mangsa buli ketika zaman sekolah serta mengatakan Aliff masih dalam proses pemulihan dari trauma.

Namun, Aisyah mengakui pendedahannya itu bukan untuk menutup kesalahan abangnya namun Aliff memerlukan bantuan disebabkan trauma yang dialaminya itu.

Dalam pada itu, Aisyah turut memohon orang ramai untuk mendoakan buat Aliff bagi memudahkan proses pemulihannya serta doakan juga untuk Bella Astillah dan keluarganya.

SUMBER: Xtra

×