Pengacara Elly Mazlein mengakui pernah berlaku perselisihan faham dengan Nabil Ahmad ketika mengacarakan All Star Gegar Vaganza (ASGV) dua tahun lalu.
Memetik mStar Online, Elly bagaimanapun berkata salah faham antara mereka sudah pun selesai dan hubungan persahabatan mereka kembali terjalin.
BACA: Kongsi Rezeki, Elly Mazlein Mahu Bantu Kieran Tunai Hajat Ke Tanah Suci
“Adik beradik pun boleh bergaduh ini pula saya dengan Nabil. Memang ada merajuk sikit dengan Nabil masa ASGV tapi apa lebih penting ukhwah antara kmi masih kuat,” katanya.
Sementara itu, Nabil berkata isu antara mereka sudah pun berlalu selepas masing-masing ambil masa untuk menenangkan diri serta tiada masalah untuk bekerja dengan Elly.
“Saya dengan Elly okay saja, kami berkawan jadi nak kerja ke apa semua okay tiada masalah. Cuma isu itu turut disebabkan keadaan yang tak berapa baik, melibatkan banyak pihak pula. Masa itu masing-masing ambil keputusan untuk beri ruang duu dan sekarang dah okay,” katanya.
Terdahulu, isu persengketaan mereka muncul selepas Elly secara mengejut mengundurkan diri sebagai pengacara tetap ASGV di samping Nabil dan Jihan Mus.
SUMBER: mStar Online