Adibah Noor Setuju Sertai Gegar Vaganza Demi Peminat

Menjawab persoalan ramai mengenai keputusannya untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelapan, penyanyi Adibah Noor berkata ia dibuat atas dasar sokongan peminatnya.

Menurut Adibah, ini merupakan kali pertama dia ditawarkan untuk memasuki program realiti itu dan ramai peminat meminta untuk menyertainya.

BACA: Aliff Aziz, Adibah Noor, Fazley Yaakob Antara 13 Bintang Gegar Vaganza 8

“Ini adalah kali pertama saya ditawarkan dan setiap tahun GV berlaku, orang ramai yang menyokong meminta supaya saya menyertainya. Please join kata mereka. So kali ini apabila ditawarkan, saya terus setuju demi peminat,” katanya.

Meskipun pernah menjadi juri dalam beberapa pertandingan realiti, Adibah berkata dia bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan.

“Saya bakal menjadi ‘murid’ yang baik kali ini dan tidak akan masuk ke dalam aura yang orang sedia maklum kerap protes dan asyik nak ‘complaint’. Ikut je lah, saya akan cuba,” katanya.

Konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 21 November 2021 dan disiarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

×