Setiap lelaki pasti ada impian untuk miliki kereta atau pun motosikal idaman. Termasuklah pelakon Adam Shahz yang lebih meminati motosikal berkuasa tinggi berbanding kereta.
Memetik mStar Online, Adam berkata dia juga meminati kereta yang kecil dan comel seperti Mini Cooper kerana baginya lebih mudah untuk dibawa.
BACA: Fatin Afeefa Patut Uruskan Persekolahan Anak, Adam Shahz Pula Tak Muncul Di Mahkamah?
“Kereta idaman saya yang comel-comel dan kecil sahaja macam Mini Cooper sebab mudah nak bawa di bandar. Bagi saya kereta itu cukup sekadar tak kena hujan, janji ada kereta dan senang nak kemana-mana,” katanya.
Dalam pada itu, Adam berkata lagi dia pernah berdepan pengalaman terlibat kemalangan ketika usia belasan tahun sehingga membuatkan dia kurang berminat dengan kereta.
“Saya sebenarnya tak berapa minat dengan kereta sebab pernah mengalami kemalangan waktu usia 19 tahun dulu, waktu itu pandu kereta arwah ayah sampai terbalik jadi sekarang ni lebih minat kepada motorsikal saja,” katanya.