Sudah hampir dua bulan bercerai dengan penyanyi sensasi, Aliff Aziz, aktres Bella Astillah berkata hidupnya kini lebih tenang dan gembira bersama kedua-dua anaknya.
Menerusi video dimuat naik jenama produk kesihatan, Bella berkata kekuatannya kini adalah hasil sokongan daripada keluarga serta mereka di sekelilingnya.
BACA: Muaz Zabir Kongsi Video Dengan Wanita Dalam Kereta, Netizen Teka Kuku Bella Astillah
View this post on Instagram
“Saya nak kongsi tentang keadaan saya dengan semua. Buat masa sekarang, ramai yang nampak saya gembira bersama anak-anak, kini terasa lebih tenang, Alhamdulillah.
“Sebenarnya saya nak buat video ini sebab nak ucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan, peminat dan terutama keluarga,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia percaya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya serta individu yang pernah hadir dalam hidup membawa pengajaran dalam hidup.
“Kadang-kadang mereka hadir memberi semangat, ada juga membawa pengajaran atau peringatan dalam hidup kita. Jadi, kita hanya perlu reda dengan takdir dan belajar daripada kesilapan. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” katanya.
Dalam pada itu, Bella berkata dia sudah berdamai dengan takdir tertulis dan berlapang dada dengan semua yang berlaku.
“Macam yang saya lalui sekarang, saya terima semuanya dengan berlapang dada dan jalani hidup ini seperti biasa. Paling penting saya masih ada orang tua dan anak-anak dalam hidup saya,” katanya.
Terdahulu, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.
SUMBER: HibGlam