Ada Orang Busuk Hati, Lan Solo Kena Saman Lagi

Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan saman sekali lagi berikutan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perniagaannya.

Lan berkata kejadian itu berlaku pagi semalam ketika dia sedang melakukan erja-kerja memunggah stok yang baru tiba di kedainya sebelum didatangi dua orang penguasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

BACA: Isteri Lan Solo Sempat Bawa Anak Blonde Rambut Sebelum PKP

Menurut Lan, dia disaman atas alasan lori kontena yang menghantar stok menghalang lalu lintas. Menerusi perkongsian di IG, Lan menjelaskan lori barangannya itu tidak menghalang lalu lintas seperti yang didakwa.

“MBSJ datang lagi. Puas hati kau wahai pengadu? Waktu aku angkut barang dari kontena, masa itulah ada orang buat aduan dan MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.

“Katanya aduan mengganggu lalu lintas! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana? Keadaan kedai agak sibuk tu aku faham lah. Yang kau mengadu tak habis-habis tu dah kenapa! Jadi disebabkan ada aduan, mereka tetap kena keluarkan saman. Terima kasih @sjcitycouncil,” tulisnya.

Dalaam pada itu, Lan berkata itu bukan pertama kali dia dikenakan saman dan mendakwa pengadu yang membuat aduan tersebut merupakan orang di sekelilingnya.

“Tak tahu nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya. Aku cari makan je kot. Dahlah musim PKP macam ni, jualan pun tak menentu.

“Sekarang cerita dia, kalau kau rasa tak puas hati dengan aku, dengan kedai aku, beritahu je. Kau tak payah nak buat aduan kepada MBSJ sampai susahkan mereka kena datang tengok dan keluarkan saman.

“Aku tak kisah sebab mereka buat kerja. Tapi masalahnya kau tu dah kenapa tak habis-habis. Orang Melayu kot nak meniaga. Tolonglah. MBSJ dah ambil tindakan, kau puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak, semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat,” luahnya.

Difahamkan, Lan membuka kedai Solo Borneo Mart terletak di Puchong Prima, Selangor menjual produk makanan kering dari Sabah dan Sarawak sejak tahun lalu.

×