Pelawak Achey meluahkan rasa kurang senang dengan video tular memaparkan sepasang suami isteri yang memberitahu mereka mendirikan rumah tangga tetapi tidak mahukan cahaya mata.
Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata anak adalah penyeri hidup dan rumah tangga. Malah, anak-anak juga yang akan mendoakan ibu bapa mereka kelak.
BACA: Achey Harap Kemelut Ali Puteh & Hidayah Berakhir Aidilfitri Ini
View this post on Instagram
“Mak, nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan kenyataan ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup itu adik oi.
“Kerjaya awak tak boleh masuk kubur, doa anak yang boleh tembus. Yang suami pun aku kalau depan-depan aku jack saja ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Achey berkata itu adalah keputusan masing-masing sama ada untuk memiliki zuriat namun dia tidak suka dengan kenyataan mereka itu seolah meracun pemikiran orang lain sehingga memuat naik video.
“Aku bab anak ni memang tak boleh lah. Banyak lagi nak cakap ni, tapi keputusan itu hak korang. Cuma aku tak suka kenyataan kau racun pemikiran orang lain tu. Kau video kan pula… kau ni karang!” tulisnya.
Sebelum ini, tular video pasangan suami isteri memberi pendapat mereka mengenai zuriat dimana mereka tidak mahukan cahaya mata dan menganggap anak-anak adalah satu beban.