Perkongsian pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian apabila meluahkan rasa bimbang melihat fizikal anaknya, Marissa Dania semakin kurus.
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby turut menitipkan nasihat buat anaknya itu agakr menjaga pemakanan dan kesihatannya serta sedih melihat keadaan anaknya.
BACA: Abby Abadi Cari Marissa Di IG, Risau Mesej Tak Balas
View this post on Instagram
“Jaga diri baik-baik. Makan banyak sikit, sedih Mama tengok. Kurus sangat dah anak Mama,” tulisnya.
Sementara itu, Abby turut menitipkan pesanan kepada anaknya itu untuk belajar dari pengalaman serta mengatakan mereka sekeluarga sayang padanya.
“Belajar dari pengalaman ok sayang. Mama, Abah, Papa, Mummy. Adik-adik semua sayang Pon pon dia LillahiTaala,” tulisnya.
Sebelum ini, Abby meluahkan rasa rindu pada anak perempuannya serta bertanyakan sama ada anaknya itu dalam keadaan baik atau tidak.
Abby berkata dia bimbang apabila Marissa tidak membalas mesejnya serta bertanyakan bila anaknya mahu pulang ke rumah untuk makan bersama.