Abby Abadi Dakwa Pernah Dipukul Norman Hakim Setengah Mati?

Selepas 17 tahun, pelakon Abby Abadi membuat pendedahan mengejutkan yang selama ini tersimpan rapi mengenai nafkah untuk tiga anak-anaknya.

Terbaru, Abby menafikan dakwaan seorang individu kononnya bekas suaminya iaitu Norman Hakim berhabis jutaan ringgit untuk dirinya dan anak-anaknya. 

BACA: “Saya Rasa Norman Bukan Nak Sangat Kahwin Dengan Saya” – Abby Abadi

Menjawab kenyataan individu itu, Abby turut mempersoalkan berapa juta yang didakwa diberikan oleh Norman dan masuk ke akaun mana sedangkan selepas bercerai tidak pernah mengambil tahu hal anak-anak.

Lebih mengejutkan Abby mendakwa pernah dipukul sehingga berdarah namun memilih untuk tidak membuat laporan polis demi menjaga aib suami ketika itu.

Tambah Abby lagi, jika dia membuat laporan mungkin lain yang jadi ketika itu. Malah, Abby turut mendedahkan duit hantaran yang dijanjikan Norman tetapi sehingga kini tidak pernah dilunaskan.

Dalam pada itu, Abby turut menuntut kepada bekas suaminya agar nafkah tertunggak hampir 17 tahun itu diselesaikan segera. Malah Abby turut meminta netizen membantunya untuk sampaikan kepada Norman.

×