Anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mendapat pujian netizen apabila ibunya memuat naik video memaparkan kanak-kanak selesai mengemas bilik tidur.
Menerusi video dikongsikan oleh Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta di TikTok, memaparkan anak perempuannya memegang penyapu selepas keluar daripada biliknya.
BACA: Che Ta Dah Bayar Hutang Mara, Aaisyah Sedih Orang Mengata Ibunya
@rozitachewan1 Maid in manhattan? Nak bilik besaq sangat kan, kena kemaih seniqi la? Mummy plk demam , 3 haqi dh tak mangkit , dia la kena ambik alih tugas mummy ? . #aaisyahdhiarana #kaftancheta #cheta #rozitachewan
Che Ta turut memberitahu dia tidak sihat kerana demam dan tidak dapat membantu Aaisyah untuk mengemas bilik.
“Maid in manhattan. Nak bilik besar sangat kan, kena kemas sendiri la. Saya pula demam, tiga hari tak bangun. Dia la kena ambil alih tugas saya,” tulisnya.
Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aktres itu dalam mendidik anaknya untuk melakukan kerja rumah. Tidak kurang juga, ramai yang memuji Aaisyah seorang anak yang bertanggungjawab dan rajin mengemas.