Penerbit terkenal, Datuk A. Aida berkata dia tetap dengan pendirian enggan bekerjasama dengan artis yang bermasalah walaupun mereka sudah mengakui dan insaf dengan kesalahan dilakukan.
Memetik mStar Online, Aida berkata dia akan ‘blacklist’ aktres sensasi, Ruhainies daripada sebarang projek syarikat produksinya selama tiga tahun sebagai pengajaran.
BACA: A Aida Malu Suami Orang Asyik Pandang Bila Berjalan
“Zaman saya bermula dulu, kalau ada artis terlibat dadah, tangkap khalwat, mabuk semua kena boikot dua ke tiga tahun,” katanya.
Sementara itu, Aida berkata dia memboikot Ruhainies atas dasar profesional namun hubungan mereka kekal baik dan tiada masalah apabila bertemu diluar.
“Salah tetap salah tetapi hubungan sebagai kawan, adik kakak tidak akan putus sebab kita profesional. Bila dekat luar, tetap bersalaman dan peluk cium,” katanya.
Dalam pada itu, Aida mencadangkan boikot artis perlu dikuatkuasakan semua pihak produksi supaya dapat menjaga nama baik industri hiburan serta untuk dijadikan pengajaan.
“Saya rasa benda ini (blacklist) artis yang dilakukan oleh RTM sebelum ini dikuatkuasakan (kepada semua) supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada artis diluar sana. Sebab artis ini idola kepada masyarakat, jadi kita kena beri contoh yang baik,” katanya.
SUMBER: mStar Online