Pempengaruh dan usahawan sensasi, Kak KM menangis apabila mengenangkan anak bujangnya bakal menyambung pelajaran ke universiti tidak lama lagi.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Kak KM tidak dapat menahan sebak ketika anak lelakinya, Mohd Faris sedang menjamu selera dan bakal merindui anaknya.
BACA: “Jangan Pentingkan Perasaan Sendiri Je, Pandang Anak Tu” – Kak KM
@lianaroslikakkm gonna miss u anak?
“Hari Sabtu ni Faris dah masuk universiti. Aku tak tahu la apa nak jadi..Faris jaga diri tau. Nanti kalau Faris lapar macam mana?” katanya.
Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami perasaan usahawan itu. Malah, ada yang berkongsikan pengalaman mereka yang menangis ketika menghantar anak mereka.