Kebanyakan wanita bertudung sekarang hanya memakai tudung sekadar fesyen dan tidak mematuhi syariat. Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie menyuarakan pendapatanya tentang cara pemakaian tudung yang tidak menutup dada.
Menerusi Instagram miliknya, Adam Corrie mempersoalkan mengapa wanita sekarang ini kebanyakannya hanya melilitkan leher tanpa menutup dada.
“Sekarang memang trend atau aliran pakai tudung balut tengkuk ya? Jangan lupa tutup dada sekali seperti pesanan ‘hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada mereka’,” katanya.
Adam turut kongsikan surah al-Ahzaab ayat ke-59 dan ayat itu ditujukan kepada suami dan bapa tentang pentingnya tanggungjawab untuk memastikan isteri dan anak-anak berpakaian mengikut syariat.
Adam juga turut menasihati nitizen agar tidak menyebut nama rakan atau keluarga di ruang komen kerana ia secara tidak langsung mengaibkan individu tersebut.
“Jangan tag dan sebut nama sesiapa dengan tujuan hendak buat orang lain terasa dan diaibkan. Itu bukan cara Rasulullah SAW berdakwah.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Adam dengan mengatakan kebanyakan wanita kini memakai tudung kerana trend dan bukan betul-betul berhijab.
Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah memeluk pada Julai 2007 dan berkahwin dengan pasangannya Fazima Fuad pada tahun 2008. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.