Bertemakan ‘Yang Lit, Yang Lagend’ Anugerah Meletop ERA 2018 (AME 2018) yang berlansung di Axiata Arena baru-baru ini ternyata menghimpunkan barisan selebriti senior kepada selebriti ‘baru nak up’.
Anugerah yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad serta dimeriahkan lagi dengan hos jemputan Jihan Muse, Sherry Al-Hadad dan Sabri Yunus telah memukau ribuan penoton dengan telatah mereka dalam mengendalikan anugerah berprestij ini.
Sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan dan setiap kategori mempunyai calon-calon yang berbakat besar serta mendapat perhatian dalam industri. Setiap kategori yang dipertandingkan adalah berdasarkan undian penonton.
Acara karpet merah semestinya mendapat perhatian ramai dan kali ini lensa Huawei P20 yang hadir dengan camera Leica, tidak terlepas merakam detik indah para selebriti mengayakan busana mereka yang bersesuaian dengan tema AME 2018 kali ini blacktie classic.
Kami kongsi dengan anda 10 gaya selebriti yang sempat dirakam oleh lensa kamera #HuaweiP20 pada malam anugerah yang penuh gilang gemilang ini. Siapa anda rasa yang paling gemerlapan pada AME 2018 kali ini. #SEEMORE
Meletop ke tidak gambar-gambar dari lensa kamera #HuaweiP20 yang didatangi dengan 12+20MP bagi kamera bahagian belakang dan 24MP bagi kamera hadapan.
Selain daripada kamera telefon pintar Huawei P20 yang awesome, telefon pintar ini juga mempunyai beteri yang tahan lama dan menjadi pilihan buat penggemar ‘kaki selfie’.
AME 2018 kali ini menyaksikan bintang yang berbakat besar dalam bidang pengacaraan dan lakonan iaitu Neelofa telah mengungguli anugerah Top Top MeleTOP bagi kategori wanita manakala Khai Bahar telah merangul anugerah Top Top MeleTOP bagi ketagori lelaki.
Huawei P20 Series! Pakar Fotografi Yang Mengizinkan Anda See More!