Nampaknya Datuk Seri Vida sekali lagi diarahkan Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.
BACA: Dato Vida Belanja RM700 Ribu Setiap Kali Bercuti
Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.
Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.
Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan Associates.
Menurut petikan Bernama, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan. (rtky/s)