“Buat Salah, Minta Maaf Sajalah!”

Satu Malaysia mengetahui bahawa hidangan terkenal ketika Aidilfitri iaitu rendang telah menjadi perbualan hangat gara-gara seorang chef telah menafikan hidangan tersebut oleh peserta Malaysia di Masterchef UK kerana ayam masakan tersebut tidak rangup. Mana ada ayam rendang rangup – kata seluruh rakyat Malaysia.

BACA: Selepas Dikritik, Nabil Hilang Hormat Pada Chef Wan

Perkara ini turut pastinya menarik minat chef selebriti Malaysia, Chef Wan dan perkara tersebut disuarakan di laman Instagram. Memang tidak dapat disangkal lagi, sindiran dan teguran chef ini ternyata mendapat sokongan semua rakyat laman sosial.

Menurut Chef Wan, jika sudah tersalah, tidak menjadi masalah untuk chef tersebut untuk memohon maaf. Malah berdiri di atas kredibiliti sebagai seorang chef yang turut dikenali di peringkat antarabangsa, luahan hati Chef Wan turut mendapat perhatian media luar.

Apa yang pasti, saudara Nusantara seperti Indonesia yang kebiasaannya claim asal usul sebarang makanan berkaitan asalnya dari Malaysia turut bersatu hati menyatakan bahawa tindakan chef tersebut adalah tidak berasas dan tidak memahami sesuatu budaya dengan lebih mendalam. (rtky/s)

×