Abam Nafi Kongkong Isteri Selepas Kahwin

Enggan terlalu mendedahkan isterinya kepada lapangan pekerjaannya, Abam Bocey mempunyai jawapan tersendiri mengapa dia memilih untuk bertindak sedemikian. Bagi Abam, dia bimbangkan privasi isteri kesayangannya itu, Siti Norhidayah Mohd Ali.

BACA: Abam (Bocey) Rancang Mahu Tunaikan Umrah

“Rasanya lebih baik dari sekarang saya tidak terlalu mendedahkannya kepada umum kerana bimbang nanti pergerakkannya dan privasinya akan terbatas”

“Saya mahu dia menjalani kehidupan normal seperti mana sebelum dia berkahwin dengan saya dan bukannya ingin mengkongkongnya. Dia okay sahaja malah dia sendiri lebih selesa tidak begitu menonjol dalam ‘dunia’ saya dan faham kenapa saya mahu keadaan kekal seperti sebelum ini,” kata Abam kepada mStar Online.

×