Tahun 2018 Datuk Vida Mahu Kumpul Saham Akhirat

Usahawan produk kecantikan, Datuk Seri Vida dikenali sebagai individu yang sentiasa tersenyum, ketawa dan ceria sepanjang masa.

Namun, ramai yang tidak tahu kisah suka duka disebalik kejayaannya kini. Umum mengetahui tahun lalu Datuk Seri Vida sah bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad.

Tahun 2018, Datuk Vida kembali dengan azam baru untuk jadi wanita lebih kuat dan mahu tumpukan untuk mengumpul saham akhirat.

“Saya tiap malam nangis. Orang tengok kita gembira saja bila depan kamera. Saya ni memang ratu air mata di rumah. Tak tahu macam mana nak hadap.

“Kegagalan rumah tangga, hal melibatkan bisnes dan hal lain tahun lalu memang cukup pahit. Tahun ini saya mahu buang perkara lama yang pernah terpalit. Memang tak cukup kuat untuk hadapi. Saya mahu kumpul saham akhirat, insyaAllah.

Tambah Datuk Vida lagi, beliau kini tidak sabar untuk mendirikan Madrasah Tahfiz Raudatul Jannah di Tanah Merah, Kelantan seluas 3 ekar tidak lama lagi.

Sumber: Media Hiburan

×