Datuk Red Pasang Niat Poligami Sejak Sekolah

Melalui satu sesi temubual bersama mStar Online, suami kepada Adira AF yang dikenali sebagai Datuk Red telah berkongsikan beberapa perkara menarik tentang dirinya selain turut menjawab persoalan berkaitan gosip yang pernah melandanya bersama beberapa barisan selebriti tanah air.

BACA: Nonny AF5: Sumpah Tak Bercinta Dengan Datuk Red

Masih hangat diperkatakan ketika ini tentang pelakon Nonny dan juga dirinya, ada perkara yang mungkin ramai di luar sana tidak tahu bahawa Datuk Red sebenarnya sangat jelas tentang matlamat dan juga perancangan masa hadapannya – bermula sejak dari bangku sekolah lagi.

“Daripada keciklah, cikgu di sekolah pun ada tanya saya – cita-cita nak jadi apa’kan? Dieorang semua cerita nak jadi doktor, pilot, bomba apa semua – tapi saya nak kahwin dua. Saya ni lain. Cita-cita saya nak kahwin dua”

“Semua gelakkan semua. Saya memang sukakan cabaran sebenarnya. Selain daripada bisnes, kita ada rumahtangga ni pun kita suka cabaran. Kadang-kadang kalau rumahtangga tiada cabaran, tiada apa-apa, macam biasa je, kadang-kadang bosan jugak”

“Dia (rumahtangga) nak ada merajuk, manja, pujuk, itu yang seronoknya. Saya ni pencinta wanita, tapi bukan ‘buaya’. Alhamdulillah cita-cita saya dah tercapai,” kongsinya.

Selain itu menurut Datuk Red juga, dia turut memasang hasrat untuk menambah seorang lagi isteri. Sama ada usahanya berjaya atau tidak, kita tunggu sajalah. Semoga impian Datuk Red berjalan dengan lancar hendaknya. (rtky/s)

×