Dengan usia kehamilan sudah mencecah lima bulan, Raja Farah akui dirinya tidak berdepan dengan alahan teruk di sepanjang waktu mengandung. Namun begitu, beliau lebih gemar bergaya ringkas sahaja, tanpa meletakkan solekan berat pada wajahnya jika ingin keluar.
BACA: Raja Farah Buktikan Dirinya Tidak Mandul
“Saya jadi malas nak pakai cantik. Nak bersolek ringkas pun tak kuasa apatah lagi mengenakan gincu. Saya lebih selesa tidak beriya sangat nak melawa. Suami saya pun tidak berdepan simptom mengidam benda bukan-bukan. Pendek kata, masih terkawal”
“Kalau diizinkan Tuhan, kami inginkan anak lelaki. Saya juga sudah melakukan pengimbasan jantina bayi, tetapi tunggulah dahulu. Biar suprise,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung jantina bayi yang bakal dilahirkan oleh pasangan ini tidak lama lagi.
Bagi pasangan ini, Ramadhan kali ini dilihat begitu istimewa kerana bakal bakal menimang cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir pada pengujung bulan Ogos. Tetapi bagi Raja Farah, sebolehnya beliau teringin untuk berpuasa penuh walaupun berbadan dua. (rkty/w)