Walaupun drama Bukan Aku Tak Cinta (BKATC) pernah mencetuskan kontroversi, Nelydia Senrose tetap teruja dengan lamaran drama itu apabila digandingkan dengan pelakon hebat, Shaarnaz Ahmad disisinya.
BACA: Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali
“Saya tak akan trauma atau terkesan dengan senario sebegitu. Ia membabitkan kerja dan urusan kerjaya. Jika ada orang sekeliling atau yang rapat dengan terasa hati, saya tak boleh buat apa”
“Tak relevan untuk bersikap sebegitu kerana kerja tetap kerja. Bagi saya dalam hal sebegini, kita tak boleh campur aduk soal perasan dengan paksi kerja mahupun bidang lakonan,” katanya kepada portal Berita Harian.
Qi Razali yang menjadi insan istimewa buat Nelydia dikatakan kurang senang dengan babak mesra diantara Nelydia dan Shaarnaz. Qi bertambah berang lagi apabila Shaarnaz memuat naik gambar mesra diantara mereka di laman sosial. (rkty/w)